TERMA DAN SYARAT

Sila baca syarat dan terma yang telah digariskan. Anda dianggap telah bersetuju dengan syarat dan terma sekiranya anda mendaftar bersama kami.

1.   Syarikat sebagai sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan e-reload dan M-Commerce/shop on line dan anda sebagai pelanggan kami secara automatik, anda dilantik menjadi agen kami dengan mempromosikan pakej kami.

2.  Harga barangan adalah tertakluk pada perubahan semasa, walaubagaimanapun syarikat akan berusaha mengekalkannya seandainya boleh demi perniagaan bersama.

3.  Setiap ahli hanya dikenakan RM1setiap bulan sebagai caj maintanance server.

4.  Syarikat berhak untuk mengubah, memindah, menambah, menghentikan sebarang harga dan  perkhidmatan website ini tanpa sebarang notis.

5.  Anda hendaklah mendaftar menggunakan maklumat anda yang sebenar. Pendaftaran yang menggunakan maklumat yang salah dan palsu seperti email dan nama akan disekat.

6.  Penghantaran email SPAM adalah dilarang sama sekali. Kami tidak bertanggungjawab ke atas tindakan yang dikenakan disebabkan email spam yang anda hantar.

7.  Sebarang kenyataan yang bertujuan mengecam dan memburukkan nama perniagaan ini tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kami adalah dilarang. Keahlian anda akan disekat sekiranya anda bertindak demikian dan wang anda tidak akan dikembalikan.

8. Syarikat tidak teragak-agak untuk mendakwa atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak yang melabelkan perniagaan ini sebagai skim cepat kaya, skim piramid,memburuk@fitnah syarikat/agen-agen kami dan sebagainya demi untuk melindungi perniagaan ini dan semua ahli.

9. Anda juga bersetuju untuk menerima apa-apa makluman, berita terkini, dan sebagainya berkenaan dengan smseload.com dari kami samaada melalui email, telefon, sms dan pos. Jadi, anda tidak boleh menganggap penerimaan bahan maklumat dari kami kepada anda sebagai SPAM.


10. Kami berhak untuk menahan atau menyekat keahlian anda sekiranya anda melanggar terma dan syarat diatas tanpa sebarang notis.